Perang mula berakhir Perang Seminole Kedua

Baki puak Seminoles di Florida dibenarkan untuk tinggal di tanah simpan tidak rasmi di barat daya Florida pada akhir Perang Seminole Kedua pada tahun 1842.

Kolonel Worth mencadangkan pada awal tahun 1842 bahawa baki Seminoles di biarkan aman jika mereka tetap di selatan Florida. Worth akhirnya menerima kebenaran bagi membiarkan baki Seminoles di tanah simpan tidak rasmi di barat daya Florida, dan mengistiharkan akhir perang pada tarikh yang dipilihnya. Pada masa itu masih terdapat beberapa kumpulan Indian berlainan di Florida. Billy Bowlegs merupakan ketua sekumpulan besar besar Seminoles yang tinggal berhampiran Pelabuhan Charlotte. Sam Jones memimpin sekumpulan Mikasukis yang tinggal di Everglades berhampiran Fort Lauderdale. Di utara Tasik Okeechobee merupakan satu kumpulan Muskogees yang dipimpin oleh Chipco. Satu lagi kumpulan Muskogee, dipimpin oleh Tiger Tail, tinggal bersama Tallahassee. Akhirnya, di utara Florida terdapat sekumpulan Creeks yang dipimpin oleh Octiarche yang lari dari Georgia pada tahun 1836.[72]

Pada Ogos 1842 Kongres meluluskan Akta Pendudukan Bersenjata, yang memberikan tanah percuma kepada penempat yang membaiki tanah dan bersedia untuk mempertahankannya dari puak Indian. Dalam banyak cara akta ini mendahului Akta Homestead 1862. Kepada keluarga boleh menuntut 160 ekar (0.6 km2) tanah di selatan garis merentangi bahagian utara semenanjung. Mereka perlu membuktikan tuntutan mereka dengan menghuni tanah tersebut selama lima tahun dan membersihkan 5 ekar (20,000 m2). Bagaimanapun, mereka tidak boleh menuntut tanah dalam jarak dua batu (3 km) daripos tentera. Sejumlah 1,317 geran berjumlah 210,720 ekar (853 km2) di daftarkan pada 1842 dan 1843.[73]

Juga pada Ogos 1842 Worth berjumpa dengan Ketua Indian yang masih berada di Florida. Setiap pahlawan ditawarkan selaras rifel, wang dan ration selama setahun jika mereka berpindah ke Barat. Sesetengah menerima tawaran itu, tetapi kebanyakan mereka berharap untuk akhirnya berpindah ke tanah simpan di barat daya Florida. Mempercayai bahawa baki puak Indian di Florida akan samaada berpindah ke barat ataupun ke tanah simpan, Worth mengistiharkan perang tamat pada 14 Ogos 1842. Worth kemudian mengambil cuti sembilan puluh hari, meninggalkan pentadbiran kepada Kolonel Josiah Vose. Tentera di Florida pada masa ini terdiri dari bahagian tiga rejimen, berjumlah 1,890 orang. Serangan pada penduduk kulit putih berterusan sehingga ke utara di kawasan sekitar Tallahassee. Otiarche dan Tiger Tail tidak memberi petunjuk mengenai apa yang akan mereka lakukan. Aduan dari Florida menyebabkan jabatan Perang memerintah Vose untuk bertindak terhadap kumpulan masih di luar tanah simpan, tetapi Vose menyatakan bahawa mengikari janji yang dibuat kepada pihak Indian akan membawa akibat buruk, dan jabatan Perang menerima saranannya. Pada awal Oktober, hurikin besar menghentam Cedar Key, Florida, di mana terletaknya ibupejabat Tentera, dan akibatnya pihak Indian tidak lagi melawatnya.[74]

Worth kembali ke Florida pada permulaan November 1842. Dia memutuskan bahawa Tiger Tail dan Otiarche mengambil masa yang terlalu panjang bagi memutuskan apa yang hendak dilakukan, dan memerintah mereka di bawa masuk. Tiger Tail amat uzur sehinggakan dia terpaksa dibawa di atas usungan, dan dia mati di New Orleans menunggu pengangkutan ke jajahan Indian. Puak Indian lain di utara Florida turut ditahan dan dihantar ke barat. Menjelang April 1843 hanya satu regimen, Infantri Ke lapan, masih berada di Florida. Pada November 1843 Worth melaporkan puak Indian yang masih tinggal di Florida adalah 42 pahlawan Seminole, 33 Mikasukis, 10 Creek dan 10 Tallahassees, dengan wanita dan kanak-kanak berjumlah keseluruhan 300 orang. Worth turut menyatakan bahawa kesemua Indian ini tinggal di tanah simpan dan tidak lagi menimbulkan ancaman kepada penduduk kulit putih di Florida.[75]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...